logo diabec.png

PENGENALAN

Diabec Coffee adalah sesuatu yang anda nanti-nantikan. Terhasil daripada cetusan idea untuk memberikan pilihan yang lebih baik kepada pengguna, Diabec Coffee diperkenalkan secara berperingkat dan kini semakin dikenali dan mendapat tempat di hati penggemar kopi dan minuman kesihatan tempatan dan antarabangsa.​

Diformulasi menggunakan kopi Arabika bermutu tinggi serta diadun bersama krimer pekat (krimer bukan tenusu), memberikan aroma dan rasa yang lembut dan mewah. Tambahan ekstrak-ekstrak herba, serat dan pemanis semulajadi menjadikan Diabec Coffee  istimewa dan gah pada kelasnya yang tersendiri.​

 Tanpa gula tambahan , Diabec Coffee menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan kesihatan terutamanya yang menjaga kadar pengambilan gula. 
Untitled design (1).png

KENAPA ANDA PERLU CUBA DIABEC COFFEE ?

Rasailah sendiri sesuatu yang istimewa dengan menikmati secawan Diabec Coffee panas di pagi hari. Kebaikan khasiat bahan semulajadi memberikan anda pengalaman rasa kesegaran dan kecerian sepanjang hari. Tiada keraguan lagi, Diabec Coffee adalah sesuatu yang perlu anda cuba.

KELEBIHAN
DIABEC COFFEE

1. Tiada Gula Tambahan
Menggunakan pemanis semulajadi


2. Rasa Yang Mewah Dan Sedap
Tidak pahit, tidak kelat, rasa yang enak.


3. Kebaikan Khasiat Herba
Diadun bersama ekstrak herba semulajadi.


4. Minuman Harian
Boleh dijadikan sebagai minuman harian terutamanya sebagai alternatif kepada minuman kopi yang tinggi kandungan gula di pasaran. 


5. Sesuai Untuk Segenap Usia
Sesuai untuk lelaki dan wanita, remaja mahupun yang berusia.

 
 

MAKLUMAT UMUM 
MENGENAI DIABEC COFFEE

ebook diabec.png
Jenama Utama            
Herbal Power Thoyyib

 
Jenama / Nama Produk      
Diabec Coffee

Tarikh Dilancarkan
13 September 2013


Kandungan
25 gram per sachet. Ramuan:

Krimer bukan tenusu, whey manis, kopi segera arabika, susu skim, fiber larut, ekstrak teh hijau, ekstrak stevia, ekstrak peria. Mengandungi perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan.

Cara Penyediaan
Tuangkan kandungan 1 sachet Diabec Coffee ke dalam 150ml air panas, kacau sehingga larut dan sedia untuk dinikmati.


Maklumat Nutrisi
nutrition fact - diabec coffee.PNG
Maklumat Lanjut
Klik ikon pdf di bawah untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai Diabec Coffee 
MUAT TURUN E-BOOK
(INFO LENGKAP)

JENIS BUNGKUSAN

DIABEC COFFEE

Sachet - 25 gram
DSC03505-removebg-preview (1) (1)_edited
Pouch - 15 sachet
DSC03427-removebg-preview_edited_edited.
Papan - 12 sachet
DSC03513-removebg-preview (1)_edited_edi

SIJIL-SIJIL BERKAITAN

DIABEC COFFEE

SOALAN-SOALAN LAZIM
MENGENAI DIABEC COFFEE

 
1. Siapakah Yang Mengusahakan Produk Diabec Coffee?
Thought Rich Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk pengedaran dan pemasaran produk Diabec Coffee. Diabec Coffee dimiliki dan dikilangkan oleh syarikat Thoyyib Pharma Sdn Bhd.


2. Siapakah Yang Sesuai Mengamalkan Diabec Coffee?
Lelaki dan wanita berusia 12 tahun ke atas.


3. Bagaimanakah Cara Mengamalkan Diabec Coffee?
Buka dan tuangkan 1 sachet ke dalam 150ml air panas (±80
oC), kacau sehingga larut dan kemudian sedia untuk diminum. Amalkan 1-2 kali sehari, bersama (atau selepas) sarapan atau minum petang.


4. Adakah Rasa Diabec Coffee Pahit / Kelat?
Tidak, Diabec Coffee mempunyai rasa yang enak dan lazat meskipun mengandungi ekstrak peria yang sinonim dengan pahit dan ekstrak teh hijau yang sinonim dengan kelat. Ini disebabkan oleh adunan herba tersebut dengan stevia, serat dan lain-lain bahan.


5. Adakah Diabec Coffee Sejenis Ubat?
Tidak, Diabec Coffee adalah minuman yang diperkaya dengan khasiat herba dan serat.


6. Bolehkah Diambil/Dicampur Dengan Suplemen / Ubatan Lain?
Boleh, tiada masalah untuk mencampurkan dengan suplemen atau ubatan lain selagi mana suplemen/ubatan tersebut boleh dicampur dengan bahan yang terkandung di dalam Diabec Coffee.


7. Adakah Produk Ini Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan?
Diabec Coffee diklasifikasikan sebagai kategori produk makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk kategori makanan tidak diperuntukkan untuk pendaftaran produk. Ia berbeza dengan produk kategori ubat.


8. Adakah Terdapat Sebarang Kesan Sampingan / Pantang Larang?
Untuk lebih berhati-hati, elakkan perkara-perkara berikut :


- Elakkan mengambil Diabec Coffee ketika perut kosong.
Sebab : Teh hijau (di dalam Diabec Coffee) boleh menyebabkan ketidakselesaan perut jika diambil ketika perut kosong (
1).


- Elakkan mengambil Diabec Coffee pada pertengahan / lewat malam.
Sebab : Caffeine boleh menyebabkan ganguan waktu tidur (
2).


- Elakkan mengambil Diabec Coffee sekiranya anda mempunyai masalah sensitif caffeine dan masalah sering sakit kepala.
Sebab : Caffeine boleh menyebabkan sakit kepala kepada sesetengah individu (
3).


9. Adakah Ibu Menyusu Boleh Mengambil Diabec Coffee?
Boleh. Ibu menyusu boleh mengambil 1-2 sachet sehari.


10. Adakah Wanita Datang-Bulan Boleh Amalkan Diabec Coffee?
Boleh. Wanita datang-bulan boleh mengambil 1-2 sachet sehari.


11. Adakah Wanita Mengandung Boleh Amalkan Produk Ini?
Wanita mengandung tidak digalakkan mengambil produk berasakan caffeine. Pun begitu, pengambilan 1 sachet Diabec Coffee dengan penjagaan pengambilan caffeine produk lain adalah selamat.


12. Adakah Penghidap Diabetes Boleh Amalkan Produk Ini?
Boleh. Penghidap Diabetes boleh mengambil 1-2 sachet sehari.


13. Bolehkah Saya Mengambil 3 Sachet (Atau Lebih) Sehari?
Tidak digalakkan untuk mengambil lebih daripada 2 sachet sehari.


------------------------------
(1) Rujukan : ncbi
(2) Rujukan : ncbi
(3) Rujukan : ncbi

TESTIMONI

DIABEC COFFEE

APA KATA MEREKA YANG TELAH MENCUBA

PN. KALSOM

Saya suka minum kopi Diabec ni sebab badan rasa segar . Kopi ni pun tiada campuran gula, sesuai untuk orang yang ada diabetic macam saya

PN. ANIS

Ibu mertua saya memang suka minum kopi. Dulu minum kopi A**** gula dia 11 lebih . Sekarang dah minum Diabec Coffee gula calam 6.8  

PN. MARYAM

Haritu saya bawa balik kampung beri ayah cuba. Dia suka sangat sebab katanya biasanya kalau minum teh malam bangun buang air kecil sampai 2 kali. Minum kopi ini bangun malam sekali saja.

herbal power.png
logo diabec-lp.png
Support
Contact Us
Follow Us
  • Instagram
  • Facebook
whatsapp_PNG20 (2018_10_19 02_29_54 UTC).png
T&C